Sudah menjadi lumrah kehidupan kita sebagai hamba dan umat islam perlu mempunyai sifat sabar dalam diri untuk keharmonian dan kita sering kali terlupa tatkala diri dibelenggu emosi dan penat bekerja seharian.

Di sini Makwe Nak share 3 Kelebihan jika kita mengamalkan sifat sabar dalam diri terhadap persekitaran:-

  1. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
  2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
  3. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.

Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, tetapi yang paling hebat apabila Allah menyebut didalam Surah Al-Baqarah ayat 153 yang maksudnya; Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Jenis kesabaran

  1. Kesabaran dalam ketaatan kepada Allah.
  2. Sabar dalam ketaatan kepada Allah.
  3. Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara-perkara haram.

Categories: Kerohanian

×