Pakar Pendawaian Elektrik yang disegani dan dikenali di Selangor. Makwe Engineering adalah sebuah syarikat bumiputra.
Syarikat ini ditubuhkan oleh 2 orang anak muda dalam linkungan umur 20an. Di sini kami perkenalkan Pengasas pertama syarikat kami iaitu Puan Nisa.
Beliau mempunyai sejarah latar belakang pendidikan Diploma Kejuruteraan Pembuatan
Dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam Bidang yang sama iaitu Kejuruteraan Pembuatan Design di sebuah Universiti Awam,
Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.
Setelah berkahwin beliau dari Negeri Sembilan berhijrah ke Negeri Selangor iaitu Klang dan mempunyai sebuah Syarikat yang bertempat di Setia Alam.
Dan di sini kami perkenalkan Pengasas bersama syarikat kami iaitu Tuan Wafi.
Beliau mempunyai sejarah latar belakang pendidikan Diploma Kejuruteraan Elektrik di Uitm Pulau Pinang.
Dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam Bidang yang sama iaitu Kejuruteraan Elektrik Kuasa di sebuah Universiti Awam,
Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.
Setelah berkahwin beliau mengajak isterinya untuk tinggal bersama di rumah beliau yang terletak di Klang.

Alhamdulillah syarikat Makwe Engineering juga telah melahirkan ramai anak muda yang berpengalaman.

Kami melatih anak muda dikalangan umur 20 tahun ke atas atau fresh graduate yang berkompeten untuk masaa depan yang cemerlang.
Doakan syarikah kami berkembang maju dan dapat membantu lebih ramai pelanggan kami berkaitan dengan elektrikal.