fbpx
Makwe Engineering adalah Kontraktor Elektrik berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CIDB, Suruhanjaya Tenaga (ST)  dan TNB. Kepakaran kami adalah membantu pemilik rumah, dan Usahawan yang memiliki Kedai, Pejabat dalam Pemasangan, Penyelenggaraan dan Menyelesaikan Masalah Pendawaian Elektrik, CCTV dan Aircond. Makwe Engineering telah ditubuhkan pada Jun 2016. Kualiti Perkhidmatan dan Tenaga Kerja yang mahir adalah keutamaan kami untuk terus berkembang maju ke tahap yang lebih Tinggi.
Pengasas Makwe Engineering terdiri daripada 2 orang iaitu Puan Khairunnisa dan Encik Wafiuddin. Puan Khairunnisa mempunyai pendidikan Diploma Kejuruteraan Pembuatan dan menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan Reka Bentuk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Encik Wafiuddin mempunyai pendidikan di UiTM Pulau Pinang dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa Industri di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Makwe Engineering sentiasa membantu pemilik rumah dan usahawan dalam Pemasangan, Penyelenggaran dan Menyelesaikan Masalah Pendawaian Elektrik dengan cekap, telus mengikut spesifikasi serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan untuk mencapai visi, misi dan objektif syarikat.
Kepakaran dan Kemahiran yang tinggi sangat dititikberatkan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan sekaligus dapat memastikan setiap pergerakan dan pencapaian syarikat mendekatkan lagi kepada visi utama syarikat yang menjadi pilihan utama pelanggan.
Antara faktor kekuatan Makwe Engineering ialah sentiasa meningkatkan semangat kerja berpasukan sesama tim. Setiap ahli dalam syarikat sentiasa bersedia menghadapi risiko dan sanggup bekerja keras bagi mencapai sasaran sama ada kecil mahupun besar. Sikap ahli yang sentiasa memberi pendapat, idea dan cadangan memberi impak yang positif kepada syarikat dan dapat memberi manfaat kepada  sesama manusia.

VISI

Menjadi syarikat No 1 di Selangor dalam menyediakan perkhidmatan pendawaian elektrik yang menjadi pilihan utama pelanggan dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan berdaya mengikut peredaran teknologi menjelang tahun 2026.

MISI

•Memberikan kepakaran dan kemahiran tinggi dalam membantu pemasangan elektrik, penyelenggaraan dan menyelesaikan masalah pendawaian elektrik.

•Menyediakan kualiti perkhidmatan bagi membantu menambah nilai kepada pelanggan atau pengguna berkaitan dengan pendawaian elektrik rumah, premis atau pejabat.

•Menjadi pilihan utama pelanggan di Selangor dalam membekal dan memasang pendawaian elektrik domestik dan industri.

OBJEKTIF

•Mengendalikan segala urusan kerja mengikut etika kerja dan nilai murni antara pembekal, pelanggan dan tim.

•Memberikan kualiti perkhidmatan dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif dan menarik bagi menambah bilangan pelanggan baru serta memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan yang sedia ada.

•Sentiasa amal semangat kerja berpasukan yang amanah, produktif dan berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

•Peka terhadap masalah pelanggan berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan agar dapat menyelesaikan masalah dan dapat meningkatkan pengetahuan serta mutu perkhidmatan dari masa ke masa.

×