fbpx

CARA MOHON METER TNB

Apply Mohon Meter TNB baharu boleh dilakukan oleh Kontraktor Elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB.

Pengguna boleh menyemak senarai Kontraktor Elektrik yang dilantik di ecos.st.gov.my

Masukkan nama syarikat dan tekan butang Cari. Nama syarikat akan terpapar seperti dibawah jika telah berdaftar dan mempunyai lesen sebagai Kontraktor Elektrik

APPLY MOHON METER TNB

Permohonan Meter TNB terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Domestik (rumah kediaman)
  •  Komersial (perniagaan)

JENIS PERMOHONAN METER TNB

BEKALAN BARU METER TNB
Contoh Permohonan Baru Meter TNB adalah untuk rumah baru dibina, bangunan dan tapak projek baru.
Permohonan Meter TNB baru adalah status Meter tidak pernah dibuat ke pihak TNB pada alamat premis yang hendak dipasang Meter TNB.
Bagi permohonan baru, lantikan Kontraktor Elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB adalah diperlukan bagi menguruskan permohonan baru Meter TNB.
UPGRADE METER TNB
Sebagai contoh, sekiranya rumah ada 6 biji aircond dan menggunakan bekalan Single Phase, kemungkinan kabel utama rumah  lebih cepat panas dan boleh menyebabkan kabel cepat cair. Ini kerana satu kabel sahaja yang menampung semua bebanan.
Dengan menggunakan Meter 3 Phase,
6 biji aircond tu akan dibahagikan kepada 3 fasa (RED, YELLOW DAN BLUE). Jadi, setiap fasa hanya menanggung 2 biji aircond sahaja. Ia akan lebih selamat dan kabel tahan lebih lama.
SAMBUNGAN SEMULA METER TNB
Untuk Permohonan Sambung Semula Meter TNB rumah, kedai, pejabat yang pernah di pasang Meter TNB tetapi telah lama tidak diduduki. Jadi perlu sambung semula Meter. Permohonan ini juga perlu melalui lantikan Kontraktor Elektrik berdaftar ST.
Ini adalah bagi memastikan papan Meter serta pendawaian elektrik dalam keadaan baik sebelum Permohonan Sambungan Meter TNB dilakukan.

JENIS-JENIS METER TNB

DOKUMEN PERMOHONAN METER TNB

Senarai Dokumen yang diperlukan sebelum membuat Permohonan Meter TNB anda

PERKHIDMATAN MOHON METER TNB

Kami adalah Kontraktor Elektrik berdaftar TNB, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan CIDB menawarkan perkhidmatan Permohonan Meter TNB.

Berpengalaman dalam menjalankan perkhidmatan Permohonan Meter TNB untuk rumah, kedai, dan pejabat.

Sila Whatsapp kami untuk pertanyaan pemasangan meter TNB rumah, kedai dan pejabat.

MAKWE ENGINEERING

Kepakaran kami adalah membantu Pemilik Rumah dan Usahawan yang memiliki Kedai atau Pejabat dalam Pemasangan, Penyelenggaraan dan Menyelesaikan Masalah Pendawaian Elektrik dan Aircond. 

COVER AREA

Follow us

Bukit Raja  | Meru  | Padang Jawa | Saujana Utama 

Setia Alam | Kapar | Puncak Alam | Bukit Jelutong

Shah Alam | Klang | Eco Grandeur | Bandar Seri Coalfield

JOM WHATSAPP

Team Management (017-682 4232)

Team Sale (011-5683 3121)

Isnin – Sabtu : 9.00 am hingga 6.00 pm