fbpx

Pagar Elektrik Automatik tak boleh buka

Viral dalam akaun tiktok cik akak kita tak dapat keluar jalan sebab satu taman perumahan blackout. Blackout ok lagi, mintak jauh kalau rumah terbakar, kereta motor dan barang dalam rumah pun tak boleh nak angkut sekali.

Harta benda tidak dapat angkut tak apa, kalau jiwa dan ahli keluarga lain pula macam mana. ha sudah, kita sentiasa doakan tidak terjadi perkara buruk kepada ahli keluarga kita.

Rumah-rumah sekarang selalunya dilengkapi dengan pagar elektrik atau kita panggil pagar automatik. Pagar sebegini mudah dan boleh mempercepatkan proses untuk kita keluar rumah kerana dengan hanya tekan butang ‘buka’ pagar dah terbuka luas dan kita boleh undur kereta.

Namun, bagaimana pula jika bekalan elektrik terputus? Adakah kita tak boleh guna pagar tersebut? Kalau macam tu bagaimana kita nak keluar rumah? Begitulah perkongsian pengalaman mencemaskan yang dikongsikan oleh akaun TikTok Chai Merican ini.

Menerusi video tersebut, wanita ini berkongsikan pengalaman beliau semasa bekalan elektrik terputus.

Video yang memperoleh jumlah tontonan menghampiri 400 ribu itu turut mendapat perhatian ramai yang membuat pelbagai reaksi di ruangan komen. Kebanyakan warganet turut berkongsikan pengalaman mereka dan memberi cadangan untuk menggunakan powerbank.

×