Socket Tester digunakan untuk menguji soket dinding jenis 3 pin untuk uji sama ada ia keadaan yang baik.

1. Penguji socket ( Socket tester ) adalah satu alat untuk melihat kabel yang dipasang pada plag sama ada dipasang dengan betul atau tidak.
2. socket mempunyai 3 lampu penunjuk fungsi untuk mengesan kabel api (L) kabel neutral ( N ) atau kabel earth (E).

Socket Tester adalah alat Pengujian yang digunakan sama ada untuk menguji sesuatu susunan pendawaian dalam alir soket adakah ia berada dalam keaaan yan baik atau tidak.
Cara Penggunaan Socket Tester adalah :
- Cucuk Socket Tester ke dalam Socket Plug yang ada 3 Pin.
- Kemudian tekan On pada suis di socket plug itu tadi.
- Setelah on suis kita akan dapati ada lampu menyala, dan pastikan ketiga-tiga lampu itu menyala.
- Jika ketiga – tiga lampu neon itu hidup, kita boleh buat testing yang terakhir untuk menguji trip / blackout rumah.
- Tekan pada button hadapan yang bewarna merah seperti dalam gambar untuk memastikan rumah kita trip dan menunjukkan pendawaian rumah dalam keadaan baik.
- Hidupkan semula bahagian trip tadi di Kotak DB untuk hidupkan balik elektrik.
- Jika kita tekan button merah itu dan rumah kita trip @ blackout bermaksud ia berada dalam keadaan yang baik lah.
- Jika kita uji test trip dan rumah kita tidak Trip @ MCB di DB tidak terpelantik, bermaksud, sistem pendawaian kita berada dalam keadaan tidak selamat.
Ramai juga bertanya kenapa nak tripkan rumah? kenapa perlu buat ujian tripping?
Ujian ini sangat penting bagi setiap rumah kerana, jika pendawaian rumah berlaku kebocoran arus elektrik,
Ia akan sampaikan pesanan kebocoran arus itu ke kotak DB untuk matikan semua elektrik rumah untuk menjaga keselamatan seisi rumah dari berterusan terkena renjatan elektrik sampai hangus.
Socket Tester ini juga boleh didapati di kedai hardware dan juga belian online di shoppee. Harga juga berpatutan dalam RM 30 ke RM 45.
Semoga perkongsian kami bermanfaat dan boleh dijadikan contoh untuk semua ya.
Terima Kasih,
Founder Makwe Engineering ( Puan. NISA )