BUAT SAMPAI JADI – Makwe Engineering

Pada minggu yang lalu, Makwe Engineering telah mendapat whatsApp daripada seorang pelanggan iaitu Puan Siti yang berada di Meru, Klang. Beliau bercadang untuk membuat pendawaian elektrik 1 rumah. Beliau mempunyai masalah iaitu sukar untuk mencari kontraktor yang boleh dipercayai dan harga yang agak murah. Puan Siti bercadang untuk membuat pendawaian satu rumah seperti pemasangan lampu LED jenis biasa 18 unit, pemasangan kipas 4 unit, pendawaian elektrik untuk penghawa dingin sebanyak 2 unit. Beliau juga request membuat pendawaian sambungan elektrik untuk soket plug 12 unit dan juga pemasangan lampu hiasan 2 unit. Kesemua tersebut memerlukan conceal, surface dan conduted wiring. Beliau telah menghubungi beberapa orang kontraktor elektrik di lembah klang dan meminta sebut harga termasuklah syarikat Makwe Engineering. Setelah membuat perbandingan, Puan Siti bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Makwe Engineering.

Proses untuk menyiapkan rumah Puan Siti hanya memakan masa selama 4 hari. Beliau amat berpuas hati dengan hasil kerja daripada Tim kami dan beliau sangat memuji sikap Tim yang integriti dan professional walaupun Tim Makwe Engineering terdiri daripada anak muda tetapi sangat mahir dalam bidang pendawaian elektrik. Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Siti kerana telah memberikan kerjasama yang cukup baik dengan Tim dan memudahkan kerja Tim.

“saya akan repeat servis daripada syarikat kamu dan saya nak recommend la Makwe Engineering dekat kawan kawan saya” Puji Puan Siti.

Walaupun Tim kami hanya terdiri daripada anak muda tetapi kami mahir dalam bidang pendawaian disebabkan pengalaman yang mengajar kami untuk BUAT SESUATU SAMPAI JADI. Kami juga sangat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. 99% pelanggan berpuas hati dengan servis daripada kami dan Berjaya ‘repeat’ untuk kali kedua. ALHAMDULILAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN YANG TELAH MNGGUNAKAN PERKHIDMATAN DARIPADA KAMI.

Categories: Artikel

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×