fbpx

Lagi mangsa renjatan elektrik yang telah dilaporkan berlaku kejadian meragut nyawa di Sabah

Lagi mangsa renjatan elektrik dilaporkan di Tawau. Adalah paling mengejutkan ianya dari pihak kontraktor penyelenggara Elektrik.

Ajal tidak mengenal jawatan dan pekerjaan seseorang, adalah lebih baik jika kita mengelakkan diri kita dari terlibat dari kemalangan sedemikian.

Mangsa bernama Foh Soon Kong berumur 41 tahun, telah dilaporkan tersangkut pada sebuah tiang elektrik ketinggian hampir dua meter dan telah diturunkan oleh pihak bomba.

telah dilaporkan tersangkut pada sebuah tiang elektrik ketinggian hampir dua meter dan telah diturunkan oleh pihak bomba.

Kejadian berlaku pada 30 januari 2022, dan Ketua Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Julius John Stephen berkata pihaknya menerima panggilan pada kira – kira 10.32am hari ahad.

Ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja – kerja penyelenggaraan elektrik di Jalan Bunga Raya berdekatan Taman Eastern di sini.

Pihak bomba seramai lapan orang bergegas ke tempat kejadian yang terletak sejauh enam kilometer berhampiran balai bomba tersebut.

“Menurut laporan berita sinar mengatakan, seorang mangsa lelaki dipercayai terkena renjatan ketika melakukan penyelenggaraan elektrik dan tersangkut pada tiang tersebut” .

Berita Awani

“Pasukan Bomba kemudiannya bertindak menurunkan mangsa renjatan itu yang tersangkut pada tiang menggunakan tangga selepas kerja memutuskan bekalan elektrik ( SESB ) Sabah Electricity Sdn Bhd”. Katanya ketika dihubungi Sinar Harian Ahad Lepas.

Berita Awani

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 11.36am.

Kerja – Kerja penyelengaraan elektrik adalah kerja yang amat bahaya dari segi nyawa. Tapi jika ia dikendalikan oleh ahli yang berkompeten, tidak menjadi masalah.